Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Semacam tidak percaya je saya membuka sebuah blog.. Masih lagi baru dlm dunia blogging nih namun akan saya pelajari dgn lebih mendalamnya ilmu blogging. Harapnya blog nih bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi dapat juga memberikan faedah bukan sahaja pada saya tetapi pada yg membaca.
Bulan October 2013 permulaan untuk salah satu hobby saya buat masa ini.. Terasa hidup & masa saya banyak terbazir tanpa membuat apa2. Islam sentiasa memberikan kita peringatan dalam memanfaatkan masa.
Demi
masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya
menetapi kesabaran. (Al-Ashr : 1 - 3)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah (5) perkara sebelum datangnya (5)
Masa sihat sebelum sakit.
Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa mudamu sebelum datang masa tua.
Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Semoga Allah Berikan Kita Kebahagiaan Serta Kejayaan Hidup Di Dunia & Juga Di Akhirat.. Aamiin..
No comments:
Post a Comment